Pohon mokte TokNabe amat lebat
Nak minta yang banyak di dahan
Baru saja selesai menonton Debat
Sakitnya jiwa tengokan kebodohan
Awal-awal lagi kami dah bersedia mengambil tempat untuk menonton Debat di kaca TV. Ternyata Debat yang sepatutnya Hebat menghampakan! Tahniah kepada DSAI kerana berada dalam keadaan yang COOL walaupun diserang oleh MENDOH bukan dengan fakta yang kukuh tetapi menyentuh peribadi yang tidak sepatutnya disebut berulang kali!
(Adik terlena disamping Itni yang juga terlena dan sedang diulit mimpi. Mimpi apalah agaknya ya... sampai tak sedar mereka digambar)
Kesian kat Baby tak dapat nak menonton rancangan kesukaannya kerana umi dan ayah dah awal-awal lagi memonopoli siaran rancangan yang ternyata menstresskan! Stress menonton MENDOH! Walaupun stress sebenarnya umie terus tersenyum dengan telatah lucu MENDOH yang melucukan!!! Hehehehehehe
(Adik tidur terlalu lena sampaikan Itni pun dikepitnya. Itni pula mendiamkan diri kena kepit kerana Itni pun tidur dengan lena juga)
Baby sampai tertidur di depan kaca TV kerana menonton siaran Debat yang membuatkan matanya mengantuk padahal kebiasaannya mata Baby terus segar menonton rancangan kegemarannya. Walaupun rancanan Debat malam ni tak Hebat tetapi umie berpuashati jugalah sebab sekurang-kurangnya rancangan malam ni membuktikan betapa 'HEBAT' nya wakil PEMERINTAH berhujah sehingga dapat diberikan gelaran MENDOH! hehehehehehe
( Tengoklah... sedap betul mereka berdua ni tidur. Adik dan Itni lawan beradu sampai macam-macam gaya!)
* Siapa tahu makna MENDOH angkat tangan :P
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar