Chiku ~ Trauma! ~

Diposting oleh Unknown on Rabu, 11 Juni 2008

Jie membakar ikan gunakan arang
Ikan dah masak bolehlah dijamah
Chiku yang dulunya begitu garang
Kini cuma berdiam di dalam rumah
Sudah lebih satu bulan Chiku tidak keluar dari rumah. Pada mulanya kami tidak tahu bahawa Chiku mengalami masalah. Sebelum itu Chiku seperti biasa akan keluar rumah dan pulang semula. Namun pada satu malam kira-kira lebih sebulan lalu, kami tidak nampak bayang Chiku, puas mencarinya... setelah dua hari tiba2 umie terpandang Chiku keluar dari bawah katil secara menyusup dan perlahan-lahan. Mulai dari waktu itu umie dan anak-anak memerhatikan Chiku, ternyata dia memang menyorok seolah-olah melarikan diri dari sesuatu...
Chiku langsung tidak mau keluar dari bawah katil. Jika diganggu dia akan lari ke bilik lain dan menyorok lagi, begitulah keadaan Chiku berhari-hari. Oleh kerana amat risau dengan keadaannya yang begitu, kami terpaksa memberikan Chiku makan dan minum di dalam bilik. Chiku yang sudah tahu 'membuang hajat' di luar kini sudah kembali seperti semasa dia kecil-kecil. Cuma satu, Chiku tahu untuk 'membuang' di bilik air cuma ada kalanya bila bilik air ditutup dia akan buat hal di depan pintu bilik air... Maka kami terpaksalah membeli semula pasir dan diletakkan di dalam bilik untuknya...
Setelah dua minggu keadaan Chiku terus begitu, beratnya turun secara mendadak... Chiku yang mulanya gebu kini sudah nampak tulangnya... Untuk mendapatkan kepastian umie merujuk kepada doktor haiwan dan doktor mengatakan Chiku sebenarnya dilanda 'trauma'! Tak sangkalah pulak kucing pun kena trauma... Kami disuruh untuk menjaga makan-minum Chiku dengan baik dan sentiasa membelainya supaya dapat kembalikan keyakinannya. Menurut doktor haiwan itu lagi, jika tidak, Chiku boleh terus menderita dan membawa kepada kematian...
Alhamdulillah hingga kini Chiku masih sihat kerana masih mau makan cuma dia tetap tidak mau keluar dari rumah walaupun sudah mula keluar dari bawah katil atau tempat dia menyorok. Doktor haiwan mengatakan Chiku mungkin akan terus begitu selamanya... atau mungkin mengambil masa yang lama untuk dia berkeyakinan untuk keluar rumah seperti yang pernah Chiku lakukan sebelum dia dilanda trauma...
Mungkin ada yang bertanya, apa traumanya... Chiku pernah terlibat dengan pergaduhan 3 segi antara Chiku dan dua ekor kuching jantan. Sebenarnya Chiku terperangkap di tengah-tengah pergaduhan antara dua ekor kucing tersebut. Kebetulan anak-anak ada semasa peristiwa itu berlaku dan kakak hanya sempat merakamkan pergaduhan antara kucing-kucing itu melalui hp saja. Kakak nampak Chiku lari ketakutan semasa kucing-kucing itu bergaduh. Mulai dari itulah Chiku terus dalam ketakutan... kesian kan...
Nanti bila sempat umie akan letakkan gambar terbaru Chiku yang sudah tidak handsome lagi... tapi Chiku sudah menjadi lebih manja sejak dia berkurung saja di dalam rumah. Minggu lalu Chiku dibawa lagi untuk diperiksa, tak banyak yang boleh dibantu kecuali Chiku diberikan ubat menambah selera makan dan juga vitamin untuk menjaga kesihatannya... Semoga Chiku terus sihat walaupun tidak keluar dari rumah...

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar