Home
»
ayam
» Ayam goreng 3 RT
Diposting oleh
Unknown on Rabu, 31 Oktober 2007
Semalam menu untuk berbuka puasa simple je... umie buat ayam goreng 3 RT (3 jenis rempah dan 3 jenis tepung heheheheheh) Anak-anak umie suka kalau bab ayam ni... hari-hari makan ayam pun diaorang tak muak-muak. Kita yang masak ni... tengok ayam pun dah jelak :D Nak cuba? Meh ler try resipi yang mudah tapi ayam berat dekat 3 kilo anak-anak sekali adap je heheheheheheBahanekor ayam (besar kecik ikut suka)1 sudu kecil cili serbuk (ikut suka pedas)1 sudu kecil serbuk jintan manis (aniseed) 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin seed)1 sudu kecil serbuk ketumbar ( coriander)2 sudu besar tepung beras2 sudu besar tepung jagung2 sudu besar tepung gandum1-2 biji telor (kurang boleh tambah)perasa ikut sukaminyak untuk menggorengCara1. Cuci ayam dan potong kecil (ikut suka)2. Gaulkan ayam dengan perasa - ketepikan3. Campurkan kesemua bahan 3T dalam mangkok bersama serbuk cili dan sedikit perasa4. Pukul telor dalam mangkok berasingan5. Celup ayam dalam mangkok telor kemudian golekkan dalam mangkok tepung, selepas itu celupkan semula dalam telor dan golekkan lagi dalam bahan 3T6. Goreng ayam yang telah disalut tadi dalam minyak yang panas
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar