~ Terus berfikir ~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 19 Maret 2009


Dapat hadiah sebuah cangkir
Cangkir dibeli di negeri Sabah
Diri umie masih terus berfikir
Blog yang ada hendak diubah


Sekarang ini umie memang dah jarang dapat meng-update n3 kerana keadaan yang tidak mengizinkan... Itu bukanlah merupakan masalah yang membuatkan umie berfikir... Perkara yang bermain di fikiran umie ---> tema utama blog ini ialah tentang masakan dan berkaitan dengan aktiviti di dapur khususnya. Memandangkan umie sudah lama 'menghentikan aktiviti memasak' dan n3 tentang masakan dan resipi juga sudah mulai berkurangan, maka umie memikirkan untuk menukar tema yang berkaitan dengan masakan kepada yang bersifat lebih umum...

Hati dan perasaan menjadi kurang selesa apabila n3 yang dipaparkan sudah tidak berkaitan dengan masakan atau makanan. Maka umie telah menyuarakan isi hati umie pada anak-anak umie (yang membantu membina blog ini sebab umie ni buta IT) akan apa yang sedang umie fikirkan... Ternyata bahawa anak-anak juga merasakan tema 'food blog' sudah tidak lagi relevan dengan apa yang umie paparkan... Kini umie sedang menunggu masa yang terluang untuk membuat sedikit perubahan...

Pada kesempatan ini, umie mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian teman-teman yang masih mahu menjenguk umie di sini...

* Esok hingga Ahad umie akan berada di Sungai Besar ;) yang bunyinya macam 'dekat' tetapi agak 'jauh' juga dari tempat umie :) ermmmmm macam mana nak sempat duduk bertenet ;) atau memasak di dapur...


More about → ~ Terus berfikir ~

Chiku & his new friend (Oreo)

Diposting oleh Unknown on Kamis, 12 Maret 2009


Kak Intan beli cawan baru
Harap set cawan terus kekal
Chiku mendapat kawan baru
Orea si hamster yang nakal



Sudah lama umie tak dapat mengupdate n3 di sini. Ikutkan banyak sungguh peristiwa yang berlaku... Nantilah bila ada masa umie akan ceritakan ya...

Untuk n3 yang terbengkalai ini (published tapi tak ada isinya), umie nak ceritakan sedikit kisah kawan baru Chiku, Orea si hamster. Sebenarnya Orea baru saja bersama kami seminggu yang lalu. Tujuan Orea dibawa ke sini oleh 'kembar sayang' umie dari Skudai, tidak lain adalah untuk menemankan Hamtaro si hamster yang kesepian kerana temannya telah mati dimakan oleh LUCKY.

*LUCKY telah tiada buat selamanya... nantilah umie ceritakan tentang kepergian LUCKY di dunia yang fana ini... :(



Chiku memang seekor kucing yang garang tetapi dia tidak membahayakan. Chiku jenis yang tidak ambil kisah atau peduli dengan kucing-kucing atau peliharaan yang lain seperti TOTIS si kura-kura. Chiku tidak marah atau cemburu, mungkin kerana Chiku tahu bahawa di tetapi menjadi kesayangan... Chiku pasti mendapat perhatian walaupun Chiku bukan jenis yang suka dimanja atau dibelai...

Lihatlah si Orea boleh berehat di atas kepala dan badan Chiku dengan tidak merasa takut dirinya akan dibaham oleh Chiku, seekor kucing :D

Dari paparan ini, harap kita sebagai insan yang berakal dapat mengambil pelajaran iaitu berkawanlah dengan siapa sahaja dan janganlah cuba menganiaya sesama manusia... (ehhhh apalak yang umie merepek ni.... hehehehehehehe)


More about → Chiku & his new friend (Oreo)

My Resipi ~ mini gathering lagi ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 08 Maret 2009

gambar dari k.cik

Bee tertinggal bag sebab terlupa
Mungkin penat buat kek cawan
Di KLCC tempat kami berjumpa
Sambil meraikan hari jadi kawan

Pada tanggal 8 Mac, sekali lagi perjumpaan antara ahli MR diadakan. Kali ini dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun beberapa ahli MR yang menyambutnya pada bulan Mac. Pada perhimpunan kecil itu, mamazieza ( terkenal di RNet - umie ahli gak tapi ahli pasif ) dan k.cik datang dari jauh... Yang lainnya boleh dikatakan berada di sekitar Selangor dan Noorana dari Labu dan dialah yang menjemput umie untuk sama-sama berkumpul di KLCC.

Pada hari itu, ahli yang menyambut ulang tahun kelahiran di bukan Mac ini ialah Lily, Bee dan Noorana... Walaupun hanya sebahagian kecil sahaja ahli MR yang hadir tetapi suasana begitu hangat dan ceria... gelak ketawa memang tak henti-henti... kakyu sebagai 'tukang karut' atau 'penglipur lara' MR tak pernah habis dengan modalnya... ada saja perkara yang membuatkan kami semua ketawa :D

Memang seronok bila berjumpa sambil makan-makan... boleh dikatakan ini merupakan acara keluarga yang santai tetapi penuh dengan khasiat - ketawa kan salah satu dari ubat ;)

* Terima kasih buat k.cik, kak ina dan bee atas ole-ole yang diberi :)
More about → My Resipi ~ mini gathering lagi ~

Lamanya tak update...

Diposting oleh Unknown on Kamis, 26 Februari 2009

Kelambu baru Baby (Adlin)

Lin lalu di bawah ampaian
Sambil lalu bunga disiram
Sibuk dengan tugas harian
Blog kini bertambah suram

Sudah lebih satu bulan umie tidak update n3 di sini... Bukan tidak mahu tapi keadaan tidak membenarkan... Tugas seharian tidak dapat dielakkan... Di tambah pula dengan keadaan kesihatan yang juga tidak mengizinkan... Satu lagi umie banyak keluar sejak kebelakangan ini... Ni pun dah kena bersiap-siap untuk berangkat ke Medan ;)

Kalau nak cerita tentanag dapur dan masakan, memang dah lama dapur tak berasap... kesian kat anak-anak dan hb... last weekends je sempat masakkan nasi ayam dan bubur bersop buat mereka... lepas tu, makcik kedai yang tolong masak atau mereka buat makanan sendiri. Si bungsu umie pun dah boleh masak nasi goreng dan mee goreng sendiri... sedap pulak tu!

Selama sibuk dengan entah apa-apa, tak sempat nak masak tapi sempat jugalah membantu si bungsu umie mengemas bilik dia yang hb baru pasangkan kelambu :D Itu jelah yang dapat dibuat... yang lain tu semuanya KIV dulu... terutamanya bab masak-memasak...

Pada kesempatan ini, umie nak ucapkan terima kasih buat kawan-kawan yang masih sudi singgah di sini. Walaupun agak membosankan tanpa sebarang pembaruan namun ada juga sudi menjegukkan diri... Thanks and Take Care to you all...
More about → Lamanya tak update...

Happy Birthday... (Wan & Mawar)

Diposting oleh Unknown

Cik Mat Gebu menggoreng ikan
Letak asam keping agar tak lekat
Selamat Ulang Tahun diucapkan
Semoga hidup bertambah berkat
Hari ini, dua orang 'adik-adik' umie menyambut ulang tahun kelahiran mereka, Wan dan Mawar. Semoga kehidupan kalian terus diberkati oleh ALLH SWT...
Sentiasa didoakan juga semoga segala impian kalian selama ini Allah tunaikan... terus berusaha, berdoa dan bersabar... Allah pasti akan memberikan yang terbaik buat kalian...
OK dear... Take Care...
Love you all...
More about → Happy Birthday... (Wan & Mawar)

Kebetulan atau ketentuan...

Diposting oleh Unknown

Gambar dari profile elynda-art.blogspot.com
Erina Juliana berkebaya merah
Jalan berlenggang amat perlahan
Secara kebetulan jumpa Munirah
Semua itu kententuah dari Tuhan
Semalam umie ada temu janji di HUKM, hati berbelah bagi untuk memandu atau menaiki kenderaan umum... Akhirnya umie mengambil keputusan untuk menaiki komuter sahaja. Semasa menuju ke setesen komuter, umie berjalan dengan pantas kerana takut kelewatan. Disamping umie, berjalan seorang gadis yang juga agak pantas seperti, seolah-olah mengejar masa...
Agak lama tidak menaiki komuter - dekat 10 tahun jadi umie agak 'takut' tetapi terus mengikuti gadis tadi menuju ke kaunter tiket. Dia berada di depan umie dan membeli tiket ke "Bandar Tasik Selatan". Kemudia umie membeli tiket ke destinasi yang sama... Gadis itu menuju ke arah bangku yang masih kosong, umie mengikuti dan duduk di sebelahnya.
Umie memulakan sapaan dengan bertanya tentang waktu komuter tiba. Kemudian gadis itu dengan ramah bertanya destinasi umie dan umie memberitahu dia ke mana tujuannya. Dia juga mengatakan akan ke tempat yang sama dan meneruskan perbualan ke bahagian mana... umie memberitahunya dan satu lagi kebetulan... kami menuju ke jabatan yang sama!
Tidak lama kemudian, komuter tiba dan sepanjang perjalanan kami berbual dan bercerita tentang 'penyakit' yang dihidapi... Nasib baik juga umie berjumpa dengan MUNIRAH kerana umie tak tahu bahawa selepas tiba di "Bandar Tasik Selatan" kena tukar kenderaan pula iaitu menaiki 'RAPID' ke "Bandar Tun Razak" sebelum menaiki teksi ke HUKM.
Tiba di hentian Bandar Tun Razak, telah menunggu seorang gadis (kawan MUNIRAH) dan dia mempelawa umie menaiki kereta untuk ke HUKM (dia menunggu Munirah untuk dihantar ke sana) Bila bercerita, rupa-rupanya dia juga seorang blogger yang turut aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh MSJBOX!
*** Pada satu hari yang tidak dirancang umie telah berjumpa dengan dua orang blogger! Munirah dan Elynda...
Apakah ini suatu kebetulan atau ketentuan?
Kebetulan untuk berjumpa mereka berdua atau ketentuan dari Allah untuk bertemu dengan mereka... dua orang 'adik-adik' yang baik dan peramah... Semoga perhubungan ini akan berpanjangan...

More about → Kebetulan atau ketentuan...

Mini Gathering MR di KLCC Park (11-01-09)

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 10 Januari 2009

Gambar ehsan dari mazs_73

Anak Bee pakai baju merah jambu
Menjamah juadah apa saja yang ada
Beberapa ahli MR dapat bertemu
Eratkan hubungan yang sedia ada

Hari ini, K.nor dari T'ganu akan berada di KL untuk suatu urusan, beberpa orang ahli MR telah membuat perancangan untuk bertemu dengan K.nor dan keluarga di KLCC Park. Pada awalnya umie tidak merancang untuk ikut sama kerana umie telah mempunyai program tersendiri di rumah. Namun perasaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan MR yang lain amat kuat sekali... Kebetulan pula hb umie yang begitu understanding telah bersetuju untuk menghantar dan menjemput umie. Maka bertemu jugalag umie dengan K.nor dan beberapa orang lagi...

Sepanjang kami berkumpul, memang tak kering gusi dengan celoteh dan lawak dari kakyu hehehehehehe sampai rasa lenguhlah rahang pipi sebab tak henti-henti ketawa.... Pertemuan yang memang menyeronokkan... Semoga akan ada pertemuan-pertemuan seumpamanya di masa-masa akan datang...

Kepada K.nor, Ton dan Masz, terima kasih di atas pemberian cenderahati kalian... Sorry sebab kak e join secara last mins so tak sempat nak siapkan apa-apa kecuali 'pot luck' yang dibuat berdasarkan apa saja yang ada di dapur :p so sekali lagi diucapkan... TERIMA KASIH DAUN KELADI
More about → Mini Gathering MR di KLCC Park (11-01-09)