Happy 1st Blog Day!!!

Diposting oleh Unknown on Senin, 27 Oktober 2008


Sarapan pagi Mat goreng mehun
Dihidang bersama roti seri kaya

Tarikh hari ini genaplah setahun

Blog umi-e berada di alam maya


Tanggal 28-10-2007 merupakan tarikh pertama blog umi-e dibuat dengan bantuan hb dan anak-anak tersayang... Tanpa bantuan mereka, sampai bila pun umie tak akan ada blog ini :S

Selama setahun berada di alam maya, umie telah mendapat banyak pengalaman dan teman :) Terima kasih umie ucapkan kepada semua teman-teman/bloggers yang sudi terus berkunjung ke blog ini. Tanpa kalian mungkin blog ini tidak akan terus berada di alam maya ini...

Cuma apa yang umie dapati, n3 umie sudah mula berkurangan dan sudah kurang menepati tema atau tujuan utama blog ini - blog main masak-masak :p :D kerana keadaan kadang kala tidak mengizinkan umie untuk aktif di dapur - alasan je tu :p hehehehehehehe

Walaupun begitu, umie akan cuba untuk terus mengupdate n3 dari masa ke semasa hehehehehehe :D
More about → Happy 1st Blog Day!!!

Real cuppies

Diposting oleh Unknown on Selasa, 21 Oktober 2008


Cik Mat Gebu beli berangan
Berangan dibeli dari Sedenak

Kek cawan menjadi hidangan

Buat santapan petang si anak


Kek cawan atau cuppies kini begitu popular di kalangan masyarakat. Kek cawan kini mempunyai pelbagai-guna. Ia kini bukan sahaja sekadar untuk santapan petang atau sebagai pencuci mulut tetapi sudah dipelbagaikan fungsinya. Misalnya dijadikan sebagai 'buah tangan/door gift' untuk sesuatu majlis. Malah ia juga kini dijadikan sebagai 'kek hari jadi', 'kek hantaran' dan juga 'kek perkahwinan'.

Kek cawan ini umie buat untuk makan anak-anak... Memandangkan ia sebagai juadah untuk hidangan keluarga, jadi umie telah membakar kek cawan di dalam 'cawan yang sebenar'. Seperti kek cawan biasa, umie telah menghiasnya dengan menggunakan butter icing. Rasanya lebih praktikal dan jimat membuat kek cawan begini jika untuk santapan sendiri kerana harga 'cawan kertas' turut mengalami kenaikan.

Untuk keknya umie telah mengunakan butter cake dan untuk toppingnya pula umie telah menggunakan 'butter icing'. Di bawah ini umie berikan resepi kek dan juga icing yang digunakan semasa membuat kek cawan ini.


Bahan Kek :

8 biji telur
250gm gula halus
250gm tepung gandum
25gm ovellete
2 sudu teh baking powder
125gm butter - dicairkan
100gm air
* cawan tahan panas atau cawan kertas secukupnya

Cara:

1. Panaskan oven sementara menyediakan adunan.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder
3. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu
4. Masukkan ovellete
5. Masukkan tepung dan air berselang seli sambil terus memukul adunan dengan speed perkahan
6. Akhir sekali masukkan butter cair hingga rata
7. Sudukan adunan kek ke dalam 3/4 cawan tahan panas / cawan kertas
8. Bakar selama 1/2jam pada suhu sederhana/ sehingga lidi yang dicucuk keluar dengan bersih
9. Bila telah masak - sejukkan sebelum dihias dengan icing mengikut suka atau kreativiti sendiri


Bahan icing:

250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar (mengikut keperluan)
Pewarna ikut suka


Cara:

1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
Pukul_sampai_kembang

2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu segar - jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi terlalu lembut)

3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna mengikut suka. Kacau sehingga rata...

4. Hiaslah kek cawan anda mengikut yang anda suka






More about → Real cuppies

Chiku ~ Dibenarkan pulang ~

Diposting oleh Unknown on Senin, 20 Oktober 2008


Si G amat pandai memilih
Tenunan dipilih dari sutera
Chiku sudah kembali pulih
Semoga dia terus sejahtera

Hari ini Chiku telah dibenarkan pulang ke rumah... keadaan Chiku telah mula pulih namun penyakit jaundice yang ada masih belum pulih sepenuhnya... Memandangkan Chiku sudah boleh makan dengan sendiri, maka Chiku akan dipantau dan dirawat di rumah saja oleh Kakak tentunya(Kurang sikit bayaran untuk Ward Chiku hehehehehehe)


Sebelum pulang, Chiku telah dibekalkan dengan ubat-ubatan yang begitu banyak sekali! Kenalah nanti dipaksa Chiku memakan ubat-ubatnya itu (Chiku susah nak makan ubat) Satu hal pula untuk memberikan dia makan ubat sebab sudah pasti dia akan meronta-ronta dan mencakar siapa sahaja yang memegangnya...

Dr. Pet telah berpesan sekiranya kami tidak dapat memberikan chiku ubat-ubatnya, Dr. Pet boleh bantu tetapi kenalah bawa Chiku ke klinik setiap kali masa untuk diberikan ubat (Jadi kerjalah pulak nak keluar dan pergi ke klinik... kalau depan rumah tak apalah juga kan... hehehehehe)


Chiku... kenalah makan ubat tu ok... eehhhhh ubat-ubatan Chiku tu penting untuk pastikan Chiku pulih dan sihat seperti biasa tau... Satu lagi, akan menjadi pembaziran jika ubat-ubat itu tidak dimakan (Kawan umie kata --> ubat-ubat Chiku mengalahkan harga ubat-ubatan orang) Oleh itu, Kakak jangan lupa paksakan Chiku habiskan kesemua ubat-ubatannya tu ya... Itu untuk kesihatan Chiku juga...

* Penyakit juandice ni ambil masa untuk pulih... kena kasi makan pil susu kambing selain ubat-ubatan yang lain...

More about → Chiku ~ Dibenarkan pulang ~

Chiku ~ Recovering ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 19 Oktober 2008



CT minta CheMat duduk di sebelah
Di bawah pohon mereka berehat
Alhamdullilah syukur kepada Allah
Chiku sudah beransur-ansur sihat


Alhamdulillah.... sykur kepada Allah SWT kerana Chiku sudah beransur-ansur sihat daripada penyakit yang dihidapinya... Walaupun kesihatannya kini sudah kembali pulih, namun penyakit juandice atau penyakit kuning yang menyerang Chiku masih lagi ada...


Hari ini kami pergi melawat Chiku lagi di klinik Dr. Pet (tempat Chiku diberikan rawatan) dan melihatkan keadaannya yang sudah kembali mempunyai selera untuk makan (walaupun sedikit) membuatkan kami rasa amat gembira...


Menurut Dr. Pet, Chiku sudah mula menjamah makanannya sendiri dan itu yang paling penting, dia sudah tidak perlu lagi dipaksa makan untuk memberikan tenaga. Sebelum ini Chiku diberikan 'makanan' melalui cecair yang dimasukkan ke dalam tubuhnya... Kesian Chiku...


Jika Chiku terus menunjukkan perkembangan yang baik, dia akan dibenarkan pulang ke rumah. Kakak sudah selesai peperiksaan PMR dan tentunya Kakak mempunyai banyak masa untuk menjaga dan merawat Chiku di rumah ( save sikit duit warded Chiku hehehehehe )


Sebagai manusia kita perlulah berusaha untuk mengubati penyakit yang dideritai oleh haiwan peliharaan kita... Selebihnya kita serahkan kepada ketentuan Allah SWT...
More about → Chiku ~ Recovering ~

Chiku ~ Masih dalam rawatan...~

Diposting oleh Unknown

Baju Hazel cantik berperada
Dihiaskan pula dengan manik
Lantaran juandice masih ada
Chiku terpaksa terus di klinik



Chiku kelihatannya masih agak lemah... Rawatan untuk penyakit juandice yang dihadapi perlu diteruskan... Nasib baik Chiku cepat dibawa ke klinik selepas sehari dia diberikan suntikan (setelah dia masih tidak lalu makan) Jika lewat, sudah pasti akan membahayakan dan sukar untuk diselamatkan...
Kesiannya Chiku... Banyak betul ubat-ubatan yang perlu dimakan... Apakan daya... terpaksa kerana jika tidak penyakit juandicenya akan lambat sembuh... Susu kambing juga baik untuk Chiku tapi doktor nasihat beri Chiku dalam bentuk tablets sahaja...
Doktor akan terus memantau perkembangan Chiku semasa dia di dalam rawatan doktor di klinik... Kami hanya pergi melawat Chiku setiap hari... Chiku kelihatan gembira apabila kami datang melawatnya di klinik...
* Badan Chiku menjadi kurus dan ringan secara drastik... Kakak pula ingin sangat melihat Chiku membesar dengan sihat dan gemuk... Semoga Chiku akan cepat sembuh ya...
More about → Chiku ~ Masih dalam rawatan...~

Chiku ~ masih dalam rawatan rapi...~

Diposting oleh Unknown on Kamis, 16 Oktober 2008




Baby suka makan rambutan
Buah dibawa dari Batu pahat
Chiku masih dalam rawatan
Semoga akan pulih dan sihat


Chiku masih lagi di klinik... Chiku terpaksa diberikan rawatan yang rapi kerana penyakit juandice agak bahaya... sekiranya hatinya telah rosak, sudah pasti amat sukar untuk Chiku kembali sihat...


Di klinik Chiku akan dipantau keadaannya oleh vet yang sudah pasti mahukan Chiku kembali sihat... Di klinik juga mempunyai kemudahan dan kepakaran yang menyakinkan... Apa lagi yang dapat dilakukan... melainkan berusaha dan berdoa semoga Chiku akan sihat kembali...

More about → Chiku ~ masih dalam rawatan rapi...~

Chiku ~ Warded! ~

Diposting oleh Unknown on Rabu, 15 Oktober 2008




Cerahnya hari di waktu pagi
Matahari pun turut kelihatan
Chiku dibawa ke klinik lagi
Untuk terus dapat rawatan


Semalam Chiku telah dibawa ke klinik dan telahpun diberikan rawatan... Namun keadaan Chiku masih membimbangkan kerana Chiku masih tidak mahu makan... (Petanda kucing dalam keadaan sakit)


Kakak begitu risau dengan keadaan Chiku kesayangannya... Memandangkan Kakak masih ada lagi peperiksaan PMR dan tidak mahu konsentrasinya terganggu, maka umie bawa lagi Chiku ke klinik...


Bila vet tengok lagi, rupa2nya Chiku telah diserang penyakit kuning - juandice! Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan hati :( Penyakit ini agak merbahaya jika menyerang kucing... Chiku pernah diserang juandice semasa dia masih kecik dan vet pernah mengatakan 'sudah tiada harapan'...


Namun, ajal-maut ditentukan oleh Allah SWT... dengan rawatan rapi Chiku telah pulih dan terus membesar TAPI kini Chiku diserang lagi... Alhamdulillah Chiku sudah diberikan suntikan vaksin, jadi daya ketahanan tubuhnya agak kuat untuk melawan penyakit yang menyerangnya...


Chiku terpaksa ditinggalkan di dalam wad untuk mendapatkan rawatan seterusnya... Semoga Chiku akan pulih lagi...
More about → Chiku ~ Warded! ~