Ice cream goreng

Diposting oleh Unknown on Kamis, 22 November 2007



Bila tengok yati and za buat ice cream goreng, umie pun teringin gak... kebetulan berapa hari lepas tu kan umie buat soft butter bun. errmmmm bun kalau kosong je memang 'tak jalan' so modified letak ice cream kat dalam (dapat idea dari yati). Bila dah jadi ice cream goreng, barulah 'jalan laju' sikit hehehehehehehe So taklah membazir soft butter bun yang umie buat hari tu.
*** Buat juadah untuk minuman petang memang sesuai sangat terutama bila musim panas tapi cuaca cam sekarang ni kurang sesuai sikit agaknya...


Bahan


Bun kosong 6 biji (ikut suka banyak mana nak buat)

Ice cream 6 sudu (ikut suka juga perasa dan banyaknya)

1 biji telor (pukul - utk salutan)

Serbuk roti (secukupnya)

Tepung jagung+ air (untuk lekatkan roti)


Cara


1. Belah bun jangan sampai putus

2. Masukkan satu sudu ice cream

3. Sapu keliling roti dengan bancuhan tepung jagung (lekatkan)

4. Celup roti tadi dengan telor dan kemudian salut dengan serbuk roti

5. Simpan dalam plastik/bekas dalam freezer sebentar/ikut suka lama mana (untuk ice cream mengeras semula)

6. Goreng dalam minyak yang panas sehingga roti kekuningan

7. Angkat dan toskan atas kertas serap minyak

More about → Ice cream goreng

CT's quick pizza

Diposting oleh Unknown




Pizza ni memang cepat nak sediakan... ni pun anak umie yang buat sendiri >>> dia excited nak umie letak kat sini ;)


Bahan


6 keping roti

6 batang sosej (potong kecil-kecil/ikut suka - satu untuk setiap keping)

1 biji bawang besar cicang halus (in cubes)

cheese (ikut suka banyak - disagat halus)

mayonese secukupnya (topping)

sos tomato/cili (toping)


Cara


1. Sapu roti dengan sedikit mayonese

2. Campur sosej dan bawang (dah dipotong/cincang) dan tabur atas roti

3. Taburkan cheese di atasnya dan letakkan sos tomato/cili serta mayonese

4. Bakar dalam oven dengan suhu sederhana selama 5 mins

More about → CT's quick pizza

Ayam goreng KFC Ayang

Diposting oleh Unknown on Rabu, 21 November 2007



Ayam goreng KFC Ayang ni memang kegemaran sekeluarga... Kalau umie suka bahagian wings je :D Before memang selalu buat ayam goreng KFC Ayang sebab kat OS semua kena masak dan buat sendiri... kat sini kalau rasa nak makan pergi je ler kat KFC hehehehehehe Tapi bila hari asyik hujan je, nak keluar rumah pun malas (kat OS dulu malas keluar sebab sejuk) jadinya kenalah telan ubat R agar sembuh dari demam M :D so setelah kurang sikit demam M tu, jadilah ayam goreng yang ditunggu-tunggu oleh anak-anakku :)

p/s: The recipe was named after my hb because he was the first one who tried this recipe on his own.

Bahan

1 ekor ayam
200gm tepung KFC (beli kat mana2 supermarket)
50gm tepung beras
50gm tepung jagung
sedikit garam
3 biji telor (mungkin perlukan lebih)

minyak untuk menggoreng




Cara

1. Bersihkan ayam dan potong ikut suka
2. Campurkan kesemua jenis tepung

3. Pukul telor+garam

4. Celupkan ayam ke dalam telor dan gaulkan dalam tepung

5. Ayam yang telah bersalut tepung dicelupkan lagi ke dalam telor dan gaul lagi dalam tepung
6. Goreng hingga kekuningan


***Kalau rasa suka kulit yang tebal, bolehlah ulangi proses di atas sehingga tiga kali.

More about → Ayam goreng KFC Ayang

Roti sosej

Diposting oleh Unknown




Roti sosej ni merupakan roti kesukaan anak2 umie. Banyak kali dah buat roti ni. Last year buat untuk BDay my little girl (adlin) uli tepung sampai 3 kilo :D hehehehehe biar sampai muak ler budak2 makan roti tu :P

Resepinya dari minami (MR) Bolehlah rujuk di sini ya >>> http://www.myresipi.com/top/detail/916


Bahan
  • 190 ml air
  • 400 gm tepung roti
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil yis
  • 60 gm butter
  • **bahan2 lain**
  • 12 batang sosej
  • sos cili
  • cheese

Cara
  1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
  2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
  3. ambil sebiji doh. canaikan
  4. ambil sebatang sosej dan gulung
  5. hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
  6. tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
  8. biarkan doh selama 40 minit.
  9. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
  10. roti siap dibakar..
More about → Roti sosej

HAPPY BIRTHDAY TO YOU PRINCESSHARYATI

Diposting oleh Unknown on Selasa, 20 November 2007



Yati my dearest friend...


Today is your birthday dear

you not turn older with years but newer everyday ;)

and I would like to wish you

all the happiness and prosperity all year long...




Remember this my friend

You are never too old to set another goal

or to dream a new dream

so... keep on dreaming hehehehehehe



Here are some quotations for you ;)

Oprah Winfrey
The more you praise and celebrate your life, the more there is in life to celebrate.

Guatemalan Proverb
Everyone is the age of their heart

Anonymous
A true friend remembers your birthday but not your age.

Anonymous
A birthday is just the first day of another 365-day journey around the sun. Enjoy the trip.

p/s: Hari ni juga birthay anak saudara/susuan umie yang ke 10 :) HAPPY BIRTHDAY UWAIS - Sorry umie tak dapat buatkan kek birthday sebab jauh...
More about → HAPPY BIRTHDAY TO YOU PRINCESSHARYATI

Donut

Diposting oleh Unknown



Donut ni fav my darling hb tau... Seronok kalau buat donut sebab sure my hb akan makan sebab ada juga yang umie masak my hb makan just untuk 'ambil hati' je tapi kalau donut my hb makan sesungguh hati tau... kan darling kan... hehehehehe
p/s: Bukan my darling hb je suka donut... nampaknya anak jantan umie yang seekor ni pun suka juga ;) hehehehehhe Chiku copy ayah eekkkkkk Chiku ni kan tak semua yang umie kasi dia makan tapi donut nampaknya dia berlesera nak makan ermmmmm like father like son eekkkkkkk hehehehehehhe
Resepinya merupakan resepi agak2 sendiri hehehehehehehe (ye lah... basic kan cam orang buat roti tapi modified ler sendiri)
Bahan

500g tepung
1 bungkus yis
50g mentega-suhu bilik
100g gula halus
sedikit garam
1 biji telur
6 sudu besar susu serbuk
300ml air (tambah/kurang jika perlu)
Gula halus untuk salutan (secukupnya)

Cara
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan set pada dough - kemudian ikut langkat no.3 dan seterusnya
* Jika tak ada bread maker (sebelum tu pun umie tak ada juga) jawabnya kenalah kita gunakan tangan maker :(
1. Campurkan yis dengans sedikit air suam (boleh biarkan seketika)
2. Campurkan tepung+garam+gula+margerin+air (secukupnya) dan uli sampai lembut.
3. Biarkan seketika. Kemudian barulah canaikan doh setebal 1cm (ikut suka). Masa mencanai, jika adunan agak lembik, bolehlah di taburkan sedikit tepung di atas papan dan penggelek.
4. Terapkan dengan acuan donut. Kalau tak ada penerap bolehlah buat bentuk bulat dan kemudia dilubangkan di bahagian tengahnya.
5. Rehatkan sebentar sebelum digoreng sehingga perang.(Jangan lupa untuk kacau/balikkan sekali sekala supaya masak sama rata)
6. Setelah donut agak suam-suam bolehlah disalutkan dengan gula halus. (umie perhatikan kalau dah sejuk gula sukar untuk melekat dan kalau terlalu panas nanti gula mencair... so agak2 ler eekkkkk)


More about → Donut

Air pink cream soda

Diposting oleh Unknown on Senin, 19 November 2007


Air ni dinamakan 'air pink cream soda' sempena panggilan oleh anak-anak umie :)
Ada masa anak umie panggil 'air barbie' sebab barbie kan suka warna pink hehehehehe
Minuman kesukaan yang simple tapi best bila minum di waktu panas :p
Bahan
1/2 gelas ice-cream soda
1/2 gelas fresh milk (boleh ganti dgn evaporated milk tapi campur ngan air)
2 sudu besar air sirap rose (ikut suka manis)
ice cubes (jika suka)
Cara
Campurkan kesemua bahan tadi dan biarkan sejuk atau letakkan ices cubes
More about → Air pink cream soda