ice blended ~ avocado with Choc ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 17 Mei 2009



Noorana buat kek atasnya nanas
Buat Hari Ibu di rumah si kakak
Sedap diminum di musim panas
Sungguh enak membasahi tekak

Sekarang ini memang rajin betul buat ice-blended... bila lagi nak minta Smart Lady tu bekerja kalau bukan tengah musim panas begini. Lagipun Smart Lady tu kerjanya cuma buat ice-blended je pun :D Hajat nak buat air soya dengan cik Smart Lady tu belum tertunai lagi jadi buat je lah air-batu kisar tu dulu hehehehehehe

Seperti minuman lain, mudah saja untuk membuatnya. Kalau iar batu kisar avocado, kenalah ada buah avocado tu ya... :P


Bahan

1 biji isi avocado (lagi masak lagi best)
2 sudu besar susu pekat (boleh tambah ikut suka manis)
air batu secukupnya
1/2 cawan air sejuk
chocolate sauce


Cara
1. Masukkan semuanya dalam blender
2. Letakkan air dan blend hingga hancur
3. Tuang choc sauce dalam (bahagian tepi) gelas dan pusing-pusingkan kemudian baru tuangkan ice-blended avocado di dalamnya (untuk dapatkan corak)


More about → ice blended ~ avocado with Choc ~

Kisah si Jess ~ Sabar je ler...~

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 16 Mei 2009


Mula nak periksa rasa berdebar
Tapi Sis-Honey lapangkan dada
Kadang-kadang rasa tak sabar
Tapi kena terima apa yang ada


Pada n3 kali ini umie nak bercerita tentang salah satu kucing-kucing yang menghuni di rumah kecil kami. Sudah lebih satu tahun Jess duduk satu bumbung dengan kami. Pada hari raya haji tahun 2007, kami pulang ke kampung dan sekembalinya dari kampung, kami dapati ada seeekor anak kucing berada di luar rumah. Seperti biasa, pada mulanya, umie akan merasa keberatan untuk menerima kucing lain menjadi ahli keluarga kami lagi.

Bukan umie tidak suka tetapi keadaan rumah yang kami diami tidak mengizinkan kami untuk membela lebih banyak kucing. Maka umie minta supaya anak-anak jangan memanjakan anak kucing itu, cukup dengan memberinya makan dan minum kerana umie tidak mahu anak-anak ada hubungan perasaan dengannya. Namun akhirnya Jess kami terima juga kerana suatu insiden yang berlaku ke atasnya.

Oleh kerana umie tidak benarkan anak kucing itu masuk ke dalam rumah, rupanya2 dia menyembunyikan diri di dalam kerera (bahagian enjin) hb umie. Pada masa ayah cuba menghidupkan enjin kereta tiba-tiba terdengar suara kucing mengiau dengan kuat. Ayah terus mematikan enjin dan mengesyaki ada kucing di situ. Bila ayah buka bonet kereta, memang benar, anak kucing yang umie tidak mahu terima itu berada di dalam bonet kereta ayah.

Pada mulanya kami menyangka dia cedera parah, namun bersyukur kerana tiada apa-apa kecederaan berat yang dialami olehnya. Disebabkan insiden itu, umie dan ayah bersetuju untuk menjadikan dia sebagai ahli baru keluarga kami. pada waktu itu kami sudah ada Chiku, Inti, Flero dan Envy. Kini tambah seekor lagi... Adlin @ Baby @ Bubble tukang kasi nama kucing-kucing yang kami ada dan dia memberikan nama JESS kepada ahli baru kami itu.

Mulai dari hari itu Jess bebas untuk berada di dalam rumah seperti ahli keluarga yang lain. Cuma masalahnya Jess suka 'buang hajat' di dalam rumah... Puas sungguh diajar dan dilatih, Jess ikut sebentar sahaja, kemudian Jess akan buat perangai lagi. Terpaksalah 'buangan hajat' Jess dibersihkan setiap kali dia buat hal. Suka-suka hati dia nak 'buang hajat' di mana-mana tau...

Ayah sudah tidak tahan dengan perangai Jess kerana kucing-kucing lain pasti akan mengikuti 'contoh buruk' yang dibawa oleh Jess. Memang benat, Flero dan Envy mengikuti 'contoh buruk' dan perangai buruk Jess itu. Akhirnya ayah mengambil keputusan untuk mengurung kucing-kucing yang ada (kecuali Chiku) di dalam kurungan setiap lepas mahgrib. (siang hari mereka bebas) kerana biasanya mereka 'membuang hajat' diwaktu malam. Mereka akan dilepaskan pada waktu pagi semasa umie akan keluar untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Kadang-kadang kesian melihatkan kucing-kucing yang lain kerana tidak dapat tidur di atas katil bersama kakak-kakak mereka... Akhirnya mereka dibebaskan, dari dikurung dan mereka bolehlah tidur di dalam rumah bersama kakak-kakak (dan umie juga hehehehehe) Kini mereka mulai pandai membuang hajat di luar atau di dalam bilik air. Namun Jess masih tidak berubah... Jess tetap 'membuang hajat' di dalam rumah - ikut di mana dia suka 'membuang'!

Sampailah hari ini, hari-hari kakak atau umie kena bersihkan 'buangan' Jess dan bila ada Mahzuz, dia pun mengikut perangai Jess!!! Sebelum ini, ayah rajin bantu membersihkan 'buangan' kucing-kucing tetapi kini ayah dah 'fed up' dan tidak mahu membuatnya, ayah hanya tolong beritahu di mana tempat Jess melepaskan hajatnya... errrmmmm sampai bilalah Jess nak terus buat perangai camtu...

Kalau umie cerita pada orang lain, mereka suruh buang sahaja kucing-kucing yang suka buat hal seperti itu... Namun umie tidak akan tergamak melakukannya kerana umie akan merasakan seperti umie membuang anak sendiri hanya kerana anak itu 'bermasalah'... Oleh itu umie kena bersabar dan mengharapkan Jess akan berubah... Bila umie berkesempatan umie akan mencari dan membeli suatu semburan yang dikatakan boleh mengelakkan kucing 'melepaskan hajat' mereka merata-rata... Nantilah... nak cuba juga benda tu tapi kena cari dulu...

Jess ooooo Jess... Nasib baik ada Kakak untuk membantu membersihkan buangan Jess dan kini Mahzuz juga! Sabar aje ler...
More about → Kisah si Jess ~ Sabar je ler...~

Selamat Hari Guru ~ingin jumpa bekas guru-guruku~

Diposting oleh Unknown


Ain berehat sampai terlelap
Suami kejutkan berhati-hati
Guru bagai nian di hari gelap
Penyuluh juga penerang hati

Sempena hari guru, umie juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru... Jasa guru pasti dikenang selamanya... kenangan bersama guru juga pasti akan terus berada di fikiran...

Mengimbas kembali semasa di sekolah... ada beberapa orang guru yang masih terus lekat di hati dan kenangan bersama mereka terus bermain di ingatan... Harapan umie pada Hari Guru ini, mereka semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera...

Umie amat berharap sekiranya ada sesiapa yang kenal dengan cikgu-cikgu umie di Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD) tahun 1983-1986 (tahun umie bersekolah di STPD) dapatlah memberikan maklumat kepada umie di mana mereka berada kini...

Cikgu-cikgu yang umie ingin sangat2 jumpa ialah cikgu Nauran Majid, cikgu Norma Dollah, Cikgu Tengku Jaludin (lupalah betul tak namanya/nama penuh sebab masa tu panggil cikgu TJ je), cikgu Yazid (masa tu kawan baik cikgu Normah) ustaz Mat Yusuf (dah balik Kelantan kot), cikgu Marziah (pun orang Kelantan dan suaminya masa tu DO kat PD), cikgu Siti Ramlah (ada anak kembar lelaki) dan cikgu Joe/Johari dulu ajar ekonomi...

Itu di antara cikgu2 yang ingin umie temui sangat-sangat... selain itu umie juga teringin jumpa cikgu/Miss Mary Thomas (ajar BI) dan cikgu/Mrs Sivatashan (betul2 tak boleh lupa sebab setiap kali time subjek sejarah je - sure kena denda berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan hehehehehe - motivasi untuk belajar supaya tak kena denda dan dengar tapak kaki Mrs Siva je semua pelajar terus jadi macam tikus khikhikhikhi)

Manalah tahu ada anak-anak cikgu-cikgu yang umie sebutkan di atas terbaca n3 umie ni kan... kalau ada jodoh dapatlah umie bertemu lagi dengan cikgu-cikgu umie tu semua...

* Rasanya cikgu2 tu semua senang nak ingat umie sebab umie kembar duduk satu kelas dan keputusan sama je hehehehehe ( tapi tak meniru tau :P )



More about → Selamat Hari Guru ~ingin jumpa bekas guru-guruku~

Jumpa dengan 'orang terkenal'

Diposting oleh Unknown on Jumat, 15 Mei 2009

Tajuk lagu Hijau nyanyian Zainal
Lagu menjadi kesukaan mak Mah
Berjumpa dengan orang terkenal
Tidaklah sombong malahan ramah

lihatlah keramahan chef Ismail - nampak masa dia berfoto ;)
Pada hari umie nak berangkat balik dari Kota Bahru, di antara penumpang yang akan menaiki pesawat yang sama dengan umie ialah Chef Ismail, Chef Florence dan beberapa kawan mereka. Macam biasalah, kalau terpandang orang-orang terkenal ni, umie sekadar pandang je lah... Kami beratur untuk check-in sambil perhatikan telatah Chef Ismail yang memang ramah dan terus membuatkan orang di sekeliling tersenyum lebar mendengarkan celotehnya :D
Setelah berada di bilik berlepas, dengar pengumuman tentang kelewatan pesawat. Maka sempatlah umie bersolat dan berehat-rehat di dalam surau. Bila surau semakin ramai jemaahnya umie keluar dan mencari tempat yang selesa di luar. Di suatu sudut kerusi agak lapang jadi umie ke sudut itu, di situ duduk Chef Ismail dan seorang lagi yang terkenal di negara kita ini iaitu Timbalan Presiden PAS, YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok). Chef Ismail memulakan keramahannya dengan memberikan 'kad biz' nya - Restoran Rebungn pada umie. Sempatlah dia buat promosi sekejap hehehehehehe
Seronok berbual-bual dengan chef Ismail sebab dia begitu ramah dan membuatkan siapa saja merasa selesa. Kemudian sempatlah kami berposing dan chef Ismail sempat minta umei rakamkan foto dia bersama YB kerana pada masa itu chef tidak ada camera bersamanya. Sebenarnya chef ada cameraman tetapi cameran chef (en. Zurin) tiada di situ. Selepas itu chef ambil sekali lagi dengan camera canggih camerannya dengan YB sebab chef kata nak frame dan letak kat restoren dia tu hehehehehehe (dia lawaklah tu)
* Sajalah nak letak n3 ni sebab ras seronok berbual dengan chef-chef yang memang umie minati ;)





More about → Jumpa dengan 'orang terkenal'

Bertemu blogger@KakChik di KB

Diposting oleh Unknown on Kamis, 14 Mei 2009

Di kedai pakaian tempat kakchik langganan


Di pasar malam beli ayam percik
Tidak lupa juga beli pau inti kaya
Di Kota Bahru berjumpa KakChik
Seorang lagi teman di alam maya


Bersama kakchik di rumahnya


Pada hari yang dirancang, umie telah pergi ke Kota Bahru. Sebelum itu, umie telah meninggalkan pesan kepada kakchik (seorang blogger yang menetap di sana) dengan harapan kami dapat berjumpa. Umie suka berjumpa dengan akawan-kawan di alam maya kerana persahabatan yang terjalin sudah pasti dapat dieratkan dengan pertemuan dan kenyataan...

Umie tiba agak awal kerana naik pesawat kedua dari KLIA. Sampai umie terus check-in dan sebentar selepas itu kakchik call. Kakchik mempelawa umie untuk makan siang di rumahnya. Kakchik jemput umie di hotel dan terus ke Pasar Siti Khadijah sebab umie nak beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. (gambar2 semasa di Pasar Siti Khadijah bolehlah lihat di blog kakchik )

Selepas itu kakchik bawa umie pulang ke rumahnya. Seronok melihatkan kakchik dan adik-beradik serta anak-saudara kakchik yang semuanya begitu comel. Umi kakchik masak sedap! Lupalah pulak nak amek gambar masakan yang dihidangkan sebab sedap sangat sampai lupa semuanya hehehehe. Terima kasih kepada umi kakchik yang susah-susah masak...
Bergambar di pekarangan rumah Tuan Guru Nik Aziz

Selepas makan, berehat dah solat zohor, kakchik hantar umie dan barang yang umie beli dari pasar tadi ke hotel. Sebelum itu, kakchik bawa umie ke rumah Tuan Guru Nik Aziz yang tidak jauh dari rumah kakchik. Umie betul2 kagum dengan kesederhanaan Tuan Guru sebab walaupun beliau merupakan seorang ahli politik terkemuka di negara kita, kediaman beliau begitu sederhana...

Setelah meletakkan barang yang dibeli di bilik hotel, kami keluar lagi dan pergi ke kedai pakaian yang menjadi langganan kakchik. Sempatlah umie mencuba beberapa helai baju di kedai itu tetapi umie tidak membeli. Kakchik beli sepasang baju - cantik! Umie suka warna hitam dan ikutkan model pakaian yang kakchik beli juga menarik...

Kami menghabiskan masa bersama sehingga lebih kurang pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada kakchik kerana sudi menemani dan meluangkan masa bersama umie... Semoga persahabatan dan persaudaraan ini akan terus terjalin dan kemesraannya berkekalan... Terima kasih, daun keladi...

p/s: n3 ni lambat dipost sebab gambar baru je diupload ;)

Menayangkan baju yang kakchik beli - ada dua warna

More about → Bertemu blogger@KakChik di KB

Cerita tentang Itni

Diposting oleh Unknown on Senin, 11 Mei 2009

Bubble tak kisah berat naik
Bab makan terus berselera
Itni kucing umie yang baik
hati sedih menjadi gembira

Itni dan Envy tidur berpelukan (tidur di atas katil bersama tuannya)

Itni antara kucing-kucing yang umie ada. Kehadirannya di rumah umie juga dengan tiba-tiba... tanpa disedari dia sudah ada di dalam rumah. Dihalau keluar pun dia tidak mahu ke mana-mana. Pada awalnya kami beranggapan Itni tersesat rumah kerana dia tidak kelihatan seperti kucing jalanan, badannya bersih dan cantik... Malah kami sempat selak bulu badannya kalau ada kutu tetapi tak jumpa se-ekor pun waktu itu... Akhirnya kami terima dia untuk menjadi ahli keluarga kami.

Jadilah itni kucing kedua yang kami ada selain Chiku (pada waktu itu). Beza antara Chiku dan Itni lebih kurang sebulan sahaja... Itni, dari awal lagi dia memang baik, pendiam dan pembersih. Itni tidak banyak masalah. Malah umie rasakan dia di antara kucing umie yang paling 'sempurna' kerana dia tidak banyak buat hal. Sakit pun cuma sekadar demam biasa je, bila diberikan ubat dia cepat kemabli pulih...

Satu hal lagi yang buat umie sayang pada Itni ialah kerana dia amat pandai mengambil hati. Sebagai manusia biasa umie tidak terlepas daripada perasaan marah dan geram dengan anak-anak dan juga hal-hal yang menganggu... Minggu lalu, umie terlalu marah dan kecewa dengan beberapa hal dan juga anak-anak... Bila umie melangkah sahaja masuk ke dalam rumah, dengan keadaan yang masih marah dan kecewa, Itni terus datang pada umie, dia tidak merengek untuk minta makan tetapi dia seolah-olah memujuk umie dengan menggesel-geselkan badannya... Itni tidak akan berbuat begitu pada masa-masa biasa (waktu umie tidak marah) sebab itu umie merasakan seolah-olah Itni cuba menyejukkan perasaan panas umie pada waktu-waktu umie dalam keadaan marah dan tertekan...

Apabila Itni terus menggesel-gesel dan menggosak-gosakkan kepalanya di kaki umie, umie menjadi 'sejuk' dan dia pun terus berguling-guling membuatkan umie jadi hilang marah melihatkan telatah manjanya hehehehehe Pandai sungguh Itni ambil hati umie... Dia seolah-olah tahu setiap kali umie dalam keadaan marah atau kecewa... Pasti dia akan datang untuk 'memujkuk' dan itu akan membuatkan hati umie kembali tenang dengan telatahnya...

Kalau diperhatikan, kucing juga seperti manusia, ada macam-macam perangai dan ragam... Bukan anak-anak umie sahaja mempunyai perangai yang berbeza tetapi anak-anak kucing umie juga... Ada yang suka buat umie marah dan ada juga yang pandai mengambil hati sehingga menghilangkan perasaan marah dan segala yang berbuku di dada :P

Begitulah sedikit cerita tentang Itni :)


More about → Cerita tentang Itni

ice-blended ~ jus oren ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 10 Mei 2009


Ummi masak pajeri nenas
Si Aymy pula masak laksa
Sekarang ini musin panas
Minum ais sedapnya rasa
Sekarang ni musiam panas, tekak terasa haus je... kalau tak minum ice rasa macam tak puas sedangkan itu bukanlah amalan yang sihat ;) Di rumah ini, sejak dah ada SMART LADY (blender) selalu jugalah buat ice-blended - kalau lama2 blend jadi halus macam Slurpy kat 7E tu jadi tak adalah alasan bila si anak minta belikan Slurpy :P
Bila buat sendiri di rumah, macam2 rasa boleh buat - yang atas tu buat dengan jus oren je - kalau nak buat, ambil sedikit apa-apa jus oren yang ada dengan gula secukup rasa dan blend dengan air batu sampai halus - dah siap!
More about → ice-blended ~ jus oren ~