Selamat Hari Guru ~ingin jumpa bekas guru-guruku~

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 16 Mei 2009


Ain berehat sampai terlelap
Suami kejutkan berhati-hati
Guru bagai nian di hari gelap
Penyuluh juga penerang hati

Sempena hari guru, umie juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru... Jasa guru pasti dikenang selamanya... kenangan bersama guru juga pasti akan terus berada di fikiran...

Mengimbas kembali semasa di sekolah... ada beberapa orang guru yang masih terus lekat di hati dan kenangan bersama mereka terus bermain di ingatan... Harapan umie pada Hari Guru ini, mereka semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera...

Umie amat berharap sekiranya ada sesiapa yang kenal dengan cikgu-cikgu umie di Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD) tahun 1983-1986 (tahun umie bersekolah di STPD) dapatlah memberikan maklumat kepada umie di mana mereka berada kini...

Cikgu-cikgu yang umie ingin sangat2 jumpa ialah cikgu Nauran Majid, cikgu Norma Dollah, Cikgu Tengku Jaludin (lupalah betul tak namanya/nama penuh sebab masa tu panggil cikgu TJ je), cikgu Yazid (masa tu kawan baik cikgu Normah) ustaz Mat Yusuf (dah balik Kelantan kot), cikgu Marziah (pun orang Kelantan dan suaminya masa tu DO kat PD), cikgu Siti Ramlah (ada anak kembar lelaki) dan cikgu Joe/Johari dulu ajar ekonomi...

Itu di antara cikgu2 yang ingin umie temui sangat-sangat... selain itu umie juga teringin jumpa cikgu/Miss Mary Thomas (ajar BI) dan cikgu/Mrs Sivatashan (betul2 tak boleh lupa sebab setiap kali time subjek sejarah je - sure kena denda berdiri atas kerusi sebab tak dapat jawab soalan hehehehehe - motivasi untuk belajar supaya tak kena denda dan dengar tapak kaki Mrs Siva je semua pelajar terus jadi macam tikus khikhikhikhi)

Manalah tahu ada anak-anak cikgu-cikgu yang umie sebutkan di atas terbaca n3 umie ni kan... kalau ada jodoh dapatlah umie bertemu lagi dengan cikgu-cikgu umie tu semua...

* Rasanya cikgu2 tu semua senang nak ingat umie sebab umie kembar duduk satu kelas dan keputusan sama je hehehehehe ( tapi tak meniru tau :P )



More about → Selamat Hari Guru ~ingin jumpa bekas guru-guruku~

Jumpa dengan 'orang terkenal'

Diposting oleh Unknown on Jumat, 15 Mei 2009

Tajuk lagu Hijau nyanyian Zainal
Lagu menjadi kesukaan mak Mah
Berjumpa dengan orang terkenal
Tidaklah sombong malahan ramah

lihatlah keramahan chef Ismail - nampak masa dia berfoto ;)
Pada hari umie nak berangkat balik dari Kota Bahru, di antara penumpang yang akan menaiki pesawat yang sama dengan umie ialah Chef Ismail, Chef Florence dan beberapa kawan mereka. Macam biasalah, kalau terpandang orang-orang terkenal ni, umie sekadar pandang je lah... Kami beratur untuk check-in sambil perhatikan telatah Chef Ismail yang memang ramah dan terus membuatkan orang di sekeliling tersenyum lebar mendengarkan celotehnya :D
Setelah berada di bilik berlepas, dengar pengumuman tentang kelewatan pesawat. Maka sempatlah umie bersolat dan berehat-rehat di dalam surau. Bila surau semakin ramai jemaahnya umie keluar dan mencari tempat yang selesa di luar. Di suatu sudut kerusi agak lapang jadi umie ke sudut itu, di situ duduk Chef Ismail dan seorang lagi yang terkenal di negara kita ini iaitu Timbalan Presiden PAS, YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok). Chef Ismail memulakan keramahannya dengan memberikan 'kad biz' nya - Restoran Rebungn pada umie. Sempatlah dia buat promosi sekejap hehehehehehe
Seronok berbual-bual dengan chef Ismail sebab dia begitu ramah dan membuatkan siapa saja merasa selesa. Kemudian sempatlah kami berposing dan chef Ismail sempat minta umei rakamkan foto dia bersama YB kerana pada masa itu chef tidak ada camera bersamanya. Sebenarnya chef ada cameraman tetapi cameran chef (en. Zurin) tiada di situ. Selepas itu chef ambil sekali lagi dengan camera canggih camerannya dengan YB sebab chef kata nak frame dan letak kat restoren dia tu hehehehehehe (dia lawaklah tu)
* Sajalah nak letak n3 ni sebab ras seronok berbual dengan chef-chef yang memang umie minati ;)





More about → Jumpa dengan 'orang terkenal'

Bertemu blogger@KakChik di KB

Diposting oleh Unknown on Kamis, 14 Mei 2009

Di kedai pakaian tempat kakchik langganan


Di pasar malam beli ayam percik
Tidak lupa juga beli pau inti kaya
Di Kota Bahru berjumpa KakChik
Seorang lagi teman di alam maya


Bersama kakchik di rumahnya


Pada hari yang dirancang, umie telah pergi ke Kota Bahru. Sebelum itu, umie telah meninggalkan pesan kepada kakchik (seorang blogger yang menetap di sana) dengan harapan kami dapat berjumpa. Umie suka berjumpa dengan akawan-kawan di alam maya kerana persahabatan yang terjalin sudah pasti dapat dieratkan dengan pertemuan dan kenyataan...

Umie tiba agak awal kerana naik pesawat kedua dari KLIA. Sampai umie terus check-in dan sebentar selepas itu kakchik call. Kakchik mempelawa umie untuk makan siang di rumahnya. Kakchik jemput umie di hotel dan terus ke Pasar Siti Khadijah sebab umie nak beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. (gambar2 semasa di Pasar Siti Khadijah bolehlah lihat di blog kakchik )

Selepas itu kakchik bawa umie pulang ke rumahnya. Seronok melihatkan kakchik dan adik-beradik serta anak-saudara kakchik yang semuanya begitu comel. Umi kakchik masak sedap! Lupalah pulak nak amek gambar masakan yang dihidangkan sebab sedap sangat sampai lupa semuanya hehehehe. Terima kasih kepada umi kakchik yang susah-susah masak...
Bergambar di pekarangan rumah Tuan Guru Nik Aziz

Selepas makan, berehat dah solat zohor, kakchik hantar umie dan barang yang umie beli dari pasar tadi ke hotel. Sebelum itu, kakchik bawa umie ke rumah Tuan Guru Nik Aziz yang tidak jauh dari rumah kakchik. Umie betul2 kagum dengan kesederhanaan Tuan Guru sebab walaupun beliau merupakan seorang ahli politik terkemuka di negara kita, kediaman beliau begitu sederhana...

Setelah meletakkan barang yang dibeli di bilik hotel, kami keluar lagi dan pergi ke kedai pakaian yang menjadi langganan kakchik. Sempatlah umie mencuba beberapa helai baju di kedai itu tetapi umie tidak membeli. Kakchik beli sepasang baju - cantik! Umie suka warna hitam dan ikutkan model pakaian yang kakchik beli juga menarik...

Kami menghabiskan masa bersama sehingga lebih kurang pukul 6.00 petang. Terima kasih kepada kakchik kerana sudi menemani dan meluangkan masa bersama umie... Semoga persahabatan dan persaudaraan ini akan terus terjalin dan kemesraannya berkekalan... Terima kasih, daun keladi...

p/s: n3 ni lambat dipost sebab gambar baru je diupload ;)

Menayangkan baju yang kakchik beli - ada dua warna

More about → Bertemu blogger@KakChik di KB

Cerita tentang Itni

Diposting oleh Unknown on Senin, 11 Mei 2009

Bubble tak kisah berat naik
Bab makan terus berselera
Itni kucing umie yang baik
hati sedih menjadi gembira

Itni dan Envy tidur berpelukan (tidur di atas katil bersama tuannya)

Itni antara kucing-kucing yang umie ada. Kehadirannya di rumah umie juga dengan tiba-tiba... tanpa disedari dia sudah ada di dalam rumah. Dihalau keluar pun dia tidak mahu ke mana-mana. Pada awalnya kami beranggapan Itni tersesat rumah kerana dia tidak kelihatan seperti kucing jalanan, badannya bersih dan cantik... Malah kami sempat selak bulu badannya kalau ada kutu tetapi tak jumpa se-ekor pun waktu itu... Akhirnya kami terima dia untuk menjadi ahli keluarga kami.

Jadilah itni kucing kedua yang kami ada selain Chiku (pada waktu itu). Beza antara Chiku dan Itni lebih kurang sebulan sahaja... Itni, dari awal lagi dia memang baik, pendiam dan pembersih. Itni tidak banyak masalah. Malah umie rasakan dia di antara kucing umie yang paling 'sempurna' kerana dia tidak banyak buat hal. Sakit pun cuma sekadar demam biasa je, bila diberikan ubat dia cepat kemabli pulih...

Satu hal lagi yang buat umie sayang pada Itni ialah kerana dia amat pandai mengambil hati. Sebagai manusia biasa umie tidak terlepas daripada perasaan marah dan geram dengan anak-anak dan juga hal-hal yang menganggu... Minggu lalu, umie terlalu marah dan kecewa dengan beberapa hal dan juga anak-anak... Bila umie melangkah sahaja masuk ke dalam rumah, dengan keadaan yang masih marah dan kecewa, Itni terus datang pada umie, dia tidak merengek untuk minta makan tetapi dia seolah-olah memujuk umie dengan menggesel-geselkan badannya... Itni tidak akan berbuat begitu pada masa-masa biasa (waktu umie tidak marah) sebab itu umie merasakan seolah-olah Itni cuba menyejukkan perasaan panas umie pada waktu-waktu umie dalam keadaan marah dan tertekan...

Apabila Itni terus menggesel-gesel dan menggosak-gosakkan kepalanya di kaki umie, umie menjadi 'sejuk' dan dia pun terus berguling-guling membuatkan umie jadi hilang marah melihatkan telatah manjanya hehehehehe Pandai sungguh Itni ambil hati umie... Dia seolah-olah tahu setiap kali umie dalam keadaan marah atau kecewa... Pasti dia akan datang untuk 'memujkuk' dan itu akan membuatkan hati umie kembali tenang dengan telatahnya...

Kalau diperhatikan, kucing juga seperti manusia, ada macam-macam perangai dan ragam... Bukan anak-anak umie sahaja mempunyai perangai yang berbeza tetapi anak-anak kucing umie juga... Ada yang suka buat umie marah dan ada juga yang pandai mengambil hati sehingga menghilangkan perasaan marah dan segala yang berbuku di dada :P

Begitulah sedikit cerita tentang Itni :)


More about → Cerita tentang Itni

ice-blended ~ jus oren ~

Diposting oleh Unknown on Minggu, 10 Mei 2009


Ummi masak pajeri nenas
Si Aymy pula masak laksa
Sekarang ini musin panas
Minum ais sedapnya rasa
Sekarang ni musiam panas, tekak terasa haus je... kalau tak minum ice rasa macam tak puas sedangkan itu bukanlah amalan yang sihat ;) Di rumah ini, sejak dah ada SMART LADY (blender) selalu jugalah buat ice-blended - kalau lama2 blend jadi halus macam Slurpy kat 7E tu jadi tak adalah alasan bila si anak minta belikan Slurpy :P
Bila buat sendiri di rumah, macam2 rasa boleh buat - yang atas tu buat dengan jus oren je - kalau nak buat, ambil sedikit apa-apa jus oren yang ada dengan gula secukup rasa dan blend dengan air batu sampai halus - dah siap!
More about → ice-blended ~ jus oren ~

Hadiah Hari Ibu :)

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 09 Mei 2009


Inahar masak kerabu pegaga
Kerabu sedap halus dimayang

Pemberian ini amat berharga

Hadiah dari orang tersayang


kad dari ADIK


Alhamdulillah... hand bag dan hand-made cards dapat dari insan yang tersayang dalam hidup umie :) Memang tiap tahun pasti ada sahaja hadiah dan kad dari mereka semua. Bangun pagi - masuk dapur tengok2 dah disusun kat atas cabinet ni... Seronok jugalah dapat hadiah ni semua :) THANKS DARLING!



Ikutkan umie jenis tak tukar-tukar hand bag - guna satu2 sampai tak boleh guna lagi baru tukar yang lain padahal bukannya tak ada hehehehehe Hand bag umie yang dah bertahun-tahun umie kepit, terpaksa diganti sebab si Baby, lepas je umie ambil hadiah dan kad2 danbawa ke bilik, dia pun terus memindahkan semua isi dari hand bag umie ke dalam hand bag baru ni...



Ini kad dari baby... sebenarnya dah berapa kali dia buat kad tapi ada je yang tak kena di hati dia - buat yang lain pulak hehehehehehe (umie intai2 je...)


kad dari Baby lagi
More about → Hadiah Hari Ibu :)

Selamat Hari Ibu

Diposting oleh Unknown

kad dari kak ina kl
Encik Mat belikan Cik CT air tebu
CT Delima minumnya penuh selera
Hari ini sambutan khas untuk ibu
Semoga semua ibu terus sejahtera
Sempena sambutan HARI IBU SEDUNIA, umie turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu dan bakal ibu :) Semoga kita para ibu dan yang bakal menjadi ibu akan dapat menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak kita (tak kiralah anak kandung atau bukan dan termasuk juga haiwan peliharaan) kerana setelah kita berperanan sebagai 'ibu' maka kita bertanggungjawab ke atas mereka :)
Semoga hari ibu ini, kasih sayang kita sebagai anak terhadap ibu semakin bertambah kerana hari ini khas 'diwujudkan' untuk memberikan 'ingatan khas' kepada insan yang melahirkan atau yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang (ada ibu yang tidak melahirkan kita tetapi membesarkan kita). Sekiranya kita sebagai anak mempunyai kenangan yang 'kurang indah' terhadap ibu kita, anggaplah ianya sebagai suatu pengalaman untuk mendewasakan kita dan memberi pengajaran kepada kita agar menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anak kita ;)
kedua-dua kad di atas ini dari linda


Selain itu, hari ibu juga merupakan hari istimewa selain hari ulang tahun kelahiran atau perkahwinan kerana pada hari ibu, pasti banyak hadiah dan ucapan yang diberikan oleh anak-anak dan juga rakan taulan... umie juga dapat hadiah saban tahun dari suami dan anak-anak... alhamdulillah kerana dikurniakan anak-anak dan suami yang mengasihi dan menyayangi... Semoga umie akan menjadi ibu yang terpahat kukuh di hati kalian...



* Terima kasih kepada semua teman-teman alam maya yang memberikan ucapan kepada umie sempena hari ibu... terima kasih juga di atas kad-kad yang diberikan :)






More about → Selamat Hari Ibu