Lamanya tak update...

Diposting oleh Unknown on Kamis, 26 Februari 2009

Kelambu baru Baby (Adlin)

Lin lalu di bawah ampaian
Sambil lalu bunga disiram
Sibuk dengan tugas harian
Blog kini bertambah suram

Sudah lebih satu bulan umie tidak update n3 di sini... Bukan tidak mahu tapi keadaan tidak membenarkan... Tugas seharian tidak dapat dielakkan... Di tambah pula dengan keadaan kesihatan yang juga tidak mengizinkan... Satu lagi umie banyak keluar sejak kebelakangan ini... Ni pun dah kena bersiap-siap untuk berangkat ke Medan ;)

Kalau nak cerita tentanag dapur dan masakan, memang dah lama dapur tak berasap... kesian kat anak-anak dan hb... last weekends je sempat masakkan nasi ayam dan bubur bersop buat mereka... lepas tu, makcik kedai yang tolong masak atau mereka buat makanan sendiri. Si bungsu umie pun dah boleh masak nasi goreng dan mee goreng sendiri... sedap pulak tu!

Selama sibuk dengan entah apa-apa, tak sempat nak masak tapi sempat jugalah membantu si bungsu umie mengemas bilik dia yang hb baru pasangkan kelambu :D Itu jelah yang dapat dibuat... yang lain tu semuanya KIV dulu... terutamanya bab masak-memasak...

Pada kesempatan ini, umie nak ucapkan terima kasih buat kawan-kawan yang masih sudi singgah di sini. Walaupun agak membosankan tanpa sebarang pembaruan namun ada juga sudi menjegukkan diri... Thanks and Take Care to you all...
More about → Lamanya tak update...

Happy Birthday... (Wan & Mawar)

Diposting oleh Unknown

Cik Mat Gebu menggoreng ikan
Letak asam keping agar tak lekat
Selamat Ulang Tahun diucapkan
Semoga hidup bertambah berkat
Hari ini, dua orang 'adik-adik' umie menyambut ulang tahun kelahiran mereka, Wan dan Mawar. Semoga kehidupan kalian terus diberkati oleh ALLH SWT...
Sentiasa didoakan juga semoga segala impian kalian selama ini Allah tunaikan... terus berusaha, berdoa dan bersabar... Allah pasti akan memberikan yang terbaik buat kalian...
OK dear... Take Care...
Love you all...
More about → Happy Birthday... (Wan & Mawar)

Kebetulan atau ketentuan...

Diposting oleh Unknown

Gambar dari profile elynda-art.blogspot.com
Erina Juliana berkebaya merah
Jalan berlenggang amat perlahan
Secara kebetulan jumpa Munirah
Semua itu kententuah dari Tuhan
Semalam umie ada temu janji di HUKM, hati berbelah bagi untuk memandu atau menaiki kenderaan umum... Akhirnya umie mengambil keputusan untuk menaiki komuter sahaja. Semasa menuju ke setesen komuter, umie berjalan dengan pantas kerana takut kelewatan. Disamping umie, berjalan seorang gadis yang juga agak pantas seperti, seolah-olah mengejar masa...
Agak lama tidak menaiki komuter - dekat 10 tahun jadi umie agak 'takut' tetapi terus mengikuti gadis tadi menuju ke kaunter tiket. Dia berada di depan umie dan membeli tiket ke "Bandar Tasik Selatan". Kemudia umie membeli tiket ke destinasi yang sama... Gadis itu menuju ke arah bangku yang masih kosong, umie mengikuti dan duduk di sebelahnya.
Umie memulakan sapaan dengan bertanya tentang waktu komuter tiba. Kemudian gadis itu dengan ramah bertanya destinasi umie dan umie memberitahu dia ke mana tujuannya. Dia juga mengatakan akan ke tempat yang sama dan meneruskan perbualan ke bahagian mana... umie memberitahunya dan satu lagi kebetulan... kami menuju ke jabatan yang sama!
Tidak lama kemudian, komuter tiba dan sepanjang perjalanan kami berbual dan bercerita tentang 'penyakit' yang dihidapi... Nasib baik juga umie berjumpa dengan MUNIRAH kerana umie tak tahu bahawa selepas tiba di "Bandar Tasik Selatan" kena tukar kenderaan pula iaitu menaiki 'RAPID' ke "Bandar Tun Razak" sebelum menaiki teksi ke HUKM.
Tiba di hentian Bandar Tun Razak, telah menunggu seorang gadis (kawan MUNIRAH) dan dia mempelawa umie menaiki kereta untuk ke HUKM (dia menunggu Munirah untuk dihantar ke sana) Bila bercerita, rupa-rupanya dia juga seorang blogger yang turut aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh MSJBOX!
*** Pada satu hari yang tidak dirancang umie telah berjumpa dengan dua orang blogger! Munirah dan Elynda...
Apakah ini suatu kebetulan atau ketentuan?
Kebetulan untuk berjumpa mereka berdua atau ketentuan dari Allah untuk bertemu dengan mereka... dua orang 'adik-adik' yang baik dan peramah... Semoga perhubungan ini akan berpanjangan...

More about → Kebetulan atau ketentuan...

Mini Gathering MR di KLCC Park (11-01-09)

Diposting oleh Unknown on Sabtu, 10 Januari 2009

Gambar ehsan dari mazs_73

Anak Bee pakai baju merah jambu
Menjamah juadah apa saja yang ada
Beberapa ahli MR dapat bertemu
Eratkan hubungan yang sedia ada

Hari ini, K.nor dari T'ganu akan berada di KL untuk suatu urusan, beberpa orang ahli MR telah membuat perancangan untuk bertemu dengan K.nor dan keluarga di KLCC Park. Pada awalnya umie tidak merancang untuk ikut sama kerana umie telah mempunyai program tersendiri di rumah. Namun perasaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan MR yang lain amat kuat sekali... Kebetulan pula hb umie yang begitu understanding telah bersetuju untuk menghantar dan menjemput umie. Maka bertemu jugalag umie dengan K.nor dan beberapa orang lagi...

Sepanjang kami berkumpul, memang tak kering gusi dengan celoteh dan lawak dari kakyu hehehehehehe sampai rasa lenguhlah rahang pipi sebab tak henti-henti ketawa.... Pertemuan yang memang menyeronokkan... Semoga akan ada pertemuan-pertemuan seumpamanya di masa-masa akan datang...

Kepada K.nor, Ton dan Masz, terima kasih di atas pemberian cenderahati kalian... Sorry sebab kak e join secara last mins so tak sempat nak siapkan apa-apa kecuali 'pot luck' yang dibuat berdasarkan apa saja yang ada di dapur :p so sekali lagi diucapkan... TERIMA KASIH DAUN KELADI
More about → Mini Gathering MR di KLCC Park (11-01-09)

Selamat Tahun Baru 2009

Diposting oleh Unknown on Kamis, 01 Januari 2009


Cik Mat berjalan terburu-buru
Sebab mencari si kucing belang
Diucapkan selamat tahun baru
Moga tahun ini lebih cemerlang


Selamat tahun baru 2009 diucapkan kepada semua... Semoga tahun ini akan memberikan lebih kejayaan dan kecemerlangan...

Sekiranya ada azam tahun lepas yang masih belum tercapai... teruskanlah usaha sehingga berjaya.... errmmmm azam umie pun belum terlaksana juga... semoga tercapailah azam itu ditahun 2009 ini... Insya'allah...
More about → Selamat Tahun Baru 2009

N3 terakhir tahun 2008

Diposting oleh Unknown on Rabu, 31 Desember 2008



Cik mat gebu buat kuih bahulu
Dihidang dengan air zam-zam
Tahun 2008 pasti akan berlalu
2009 kini muncul bersama azam

Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2008... Begitu cepat masa berlalu... Belum lagi rasa puas menikmati keindahan tahun 2008, dahpun nak digantikan dengan tahun 2009...

Semoga tahun 2009 akan mencoretkan warna-warna keindahan yang lebih berseri lagi... Diharapkan juga tahun 2009 ini akan memberikan lebih keyakinan dan kejayaan dalam mencapai impian yang masih belum terlaksanakan...


SELAMAT TAHUN 2009!!!
More about → N3 terakhir tahun 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430

Diposting oleh Unknown on Senin, 29 Desember 2008


Pergi ke pasar membeli ikan
Ikan dimasak lemak papaya
Salam Maal Hijrah diucapkan
Semoga hidup lebih berjaya

Selamat tahun baru hijrah 1430 buat semua... Semoga tahun hijrah ini akan memberikan lebih kejayaan dan kebahagian...

Tingkatkan keazaman untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna di sisi- Nya.... Insya'allah....
More about → Selamat Tahun Baru Hijrah 1430