Lamanya tak update...

Diposting oleh Unknown on Kamis, 26 Februari 2009

Kelambu baru Baby (Adlin)

Lin lalu di bawah ampaian
Sambil lalu bunga disiram
Sibuk dengan tugas harian
Blog kini bertambah suram

Sudah lebih satu bulan umie tidak update n3 di sini... Bukan tidak mahu tapi keadaan tidak membenarkan... Tugas seharian tidak dapat dielakkan... Di tambah pula dengan keadaan kesihatan yang juga tidak mengizinkan... Satu lagi umie banyak keluar sejak kebelakangan ini... Ni pun dah kena bersiap-siap untuk berangkat ke Medan ;)

Kalau nak cerita tentanag dapur dan masakan, memang dah lama dapur tak berasap... kesian kat anak-anak dan hb... last weekends je sempat masakkan nasi ayam dan bubur bersop buat mereka... lepas tu, makcik kedai yang tolong masak atau mereka buat makanan sendiri. Si bungsu umie pun dah boleh masak nasi goreng dan mee goreng sendiri... sedap pulak tu!

Selama sibuk dengan entah apa-apa, tak sempat nak masak tapi sempat jugalah membantu si bungsu umie mengemas bilik dia yang hb baru pasangkan kelambu :D Itu jelah yang dapat dibuat... yang lain tu semuanya KIV dulu... terutamanya bab masak-memasak...

Pada kesempatan ini, umie nak ucapkan terima kasih buat kawan-kawan yang masih sudi singgah di sini. Walaupun agak membosankan tanpa sebarang pembaruan namun ada juga sudi menjegukkan diri... Thanks and Take Care to you all...
More aboutLamanya tak update...

Happy Birthday... (Wan & Mawar)

Diposting oleh Unknown

Cik Mat Gebu menggoreng ikan
Letak asam keping agar tak lekat
Selamat Ulang Tahun diucapkan
Semoga hidup bertambah berkat
Hari ini, dua orang 'adik-adik' umie menyambut ulang tahun kelahiran mereka, Wan dan Mawar. Semoga kehidupan kalian terus diberkati oleh ALLH SWT...
Sentiasa didoakan juga semoga segala impian kalian selama ini Allah tunaikan... terus berusaha, berdoa dan bersabar... Allah pasti akan memberikan yang terbaik buat kalian...
OK dear... Take Care...
Love you all...
More aboutHappy Birthday... (Wan & Mawar)

Kebetulan atau ketentuan...

Diposting oleh Unknown

Gambar dari profile elynda-art.blogspot.com
Erina Juliana berkebaya merah
Jalan berlenggang amat perlahan
Secara kebetulan jumpa Munirah
Semua itu kententuah dari Tuhan
Semalam umie ada temu janji di HUKM, hati berbelah bagi untuk memandu atau menaiki kenderaan umum... Akhirnya umie mengambil keputusan untuk menaiki komuter sahaja. Semasa menuju ke setesen komuter, umie berjalan dengan pantas kerana takut kelewatan. Disamping umie, berjalan seorang gadis yang juga agak pantas seperti, seolah-olah mengejar masa...
Agak lama tidak menaiki komuter - dekat 10 tahun jadi umie agak 'takut' tetapi terus mengikuti gadis tadi menuju ke kaunter tiket. Dia berada di depan umie dan membeli tiket ke "Bandar Tasik Selatan". Kemudia umie membeli tiket ke destinasi yang sama... Gadis itu menuju ke arah bangku yang masih kosong, umie mengikuti dan duduk di sebelahnya.
Umie memulakan sapaan dengan bertanya tentang waktu komuter tiba. Kemudian gadis itu dengan ramah bertanya destinasi umie dan umie memberitahu dia ke mana tujuannya. Dia juga mengatakan akan ke tempat yang sama dan meneruskan perbualan ke bahagian mana... umie memberitahunya dan satu lagi kebetulan... kami menuju ke jabatan yang sama!
Tidak lama kemudian, komuter tiba dan sepanjang perjalanan kami berbual dan bercerita tentang 'penyakit' yang dihidapi... Nasib baik juga umie berjumpa dengan MUNIRAH kerana umie tak tahu bahawa selepas tiba di "Bandar Tasik Selatan" kena tukar kenderaan pula iaitu menaiki 'RAPID' ke "Bandar Tun Razak" sebelum menaiki teksi ke HUKM.
Tiba di hentian Bandar Tun Razak, telah menunggu seorang gadis (kawan MUNIRAH) dan dia mempelawa umie menaiki kereta untuk ke HUKM (dia menunggu Munirah untuk dihantar ke sana) Bila bercerita, rupa-rupanya dia juga seorang blogger yang turut aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh MSJBOX!
*** Pada satu hari yang tidak dirancang umie telah berjumpa dengan dua orang blogger! Munirah dan Elynda...
Apakah ini suatu kebetulan atau ketentuan?
Kebetulan untuk berjumpa mereka berdua atau ketentuan dari Allah untuk bertemu dengan mereka... dua orang 'adik-adik' yang baik dan peramah... Semoga perhubungan ini akan berpanjangan...

More aboutKebetulan atau ketentuan...